Wednesday, April 25, 2007

sekadar ingin mencari ketenangan!!

selamat menonton!!

BaGaiMaNa CaRa MaKAn, BeGiTuLaH CiNTaNyA...

" Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang : -Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan : -Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan : -Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak : -Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam : -Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut : -Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan ?

Monday, April 23, 2007

GMM vs Pelajar

Adakah mereka ini memperjuangkan mahasiswa ataupun hanya ingin mempergunakan mahasiswa demi untuk kepentingan mereka sendiri

pelajar vs parti politik

apa semuanya ini? pelajar sepatutnya belajar atau berpolitik? adakah hasrat ibubapa menghantar anak-anak mereka ku IPTA untuk menyertai pertubuhan haram dan berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran dan masa depan mereka? renung-renungkan dan selamat beramal........

Friday, April 20, 2007

12 Waktu Mustajab Berdoa


12 waktu Mustajab berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mendapatkan sesuatu hajat. Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah, antaranya adalah :

1. ketika Lailatul-Qadar
2. ketika hujan
3. ketika memulakan solat dan selesai solat
4. ketika menghadapi barisan musuh di
medan perang
5. di tengah malam
6. di tengah azan dan iqamah
7. ketika sujud dalam solat
8. ketikal iktidal akhir dalam solat
9. ketika khatam ( tamat ) al-Quran
10. sepanjang malam,paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir ( subuh )
11. malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat ijabah ( diperkenankan doa ) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari hari jumaat
12. di antara Zuhur dan Asar serta antara waktu Lailaha Illa Liah

Thursday, April 19, 2007

NegaraKu Bakal Dijajah Semula


“ Makcik…kau tau buat mee goreng kar??” tanya seorang warga Indon kepada makcik yang berumur setengah abad itu…lalu makcik tadi menjawab “ tau…tapi tolong la ajar dan tunjukkan…” ini jawapan makcik tadi yang pertama kali keluar rumah untuk bekerja untuk mencari wang pendapatan…beliau adalah seorang ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami selepas 25 tahun yang lalu…bekas suaminya adalah seorang yang penyayang dan sangat menyayangi anak-anaknya…hasil perkahwinan beliau bersama suaminya dikurniakan seramai 3 orang anak yang masih kecil….selepas 4 tahun mengecapi kebahagian bersama…jodoh mereka tidak berpanjangan…suami yang selama ini cinta padanya…sayang pada anak-anak telah tinggalkan makcik tadi semata-mata ingin berkahwin lain…berkahwin dengan seorang warga Indon juga....hati makcik tadi kecewa dan berkecai seperti kaca…( hati kaca gak makcik ni ) selepas tu…makcik ni terpaksa memelihara 3 orang anak yang masih kecil dengan cara sendiri…makcik tadi telah menjalankan perkhidmatan menjaga anak di rumahnya…seramai 6 orang anak orang yang makcik ni jaga…seorang anak upahnya dalam 2 ratus…maka rm1200 makcik ni perolehi untuk memelihara anak-anak nyer yang masih bersekolah…dengan bersusah payah…makcik ni terpaksa untuk meneruskan hidup dan ingin membekalkan ilmu kepada anak-anaknya…..untuk menjadi bekalan hidup pada masa depan…
Pada suatu ketika…anak-anak orang yang makcik ni jaga tadi telah besar…makin membesar…ada yang pindah…dan ada yang bersekolah….maka makcik ini tiada lagi pendapatan…makcik ini pun berpikir untuk bekerja di kedai makan…setelah mencari…makcik ni telah diterima bekerja di kedai makan ( cafĂ© ) di UNITEN…hari pertama beliau bekerja seawal 5 pagi…tugasnya macam biasa…menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari….untuk pelajar-pelajar UNITEN dan kakitangan yg bekerja disitu…
Pekerja yang bekerja dicafe seramai 4 orang…termasuk makcik tadi seramai 5 orang…tauke kedai dikenali sebagai En. Kamaruddin ( bukan nama sebenar ) memperkenalkan makcik ini kepada 4 orang pekerja lain…sorang bernama Wati, sorang lagi bernama Mas, dua orang lagi tidak dikenali…( lupa kata makcik ni kat Indon tu )… 4 orang warga Indon bekerja di sana…tugas pertama adalah siang ikan…sebanyak 15 ekor ikan yang perlu disiang dan dibersihkan…layanan yang diberikan oleh 4 orang Indon tadi amat mendukacitakan dan kurang ajar…4 Indon melayan makcik tadi seperti orang bodoh … “ hei makcik…kau tidak boleh buat kerja laju-laju kar…siang ikan pun ndak pandai…lambat…hemmm…” indon tu menghedik…makcik tadi hanya mendiamkan diri… “ lepas ni kau buat mee goreng pula…ko pandai goreng mee…” tanya Mas warga Indon yang sarat mengandung 6 bulan itu…lalu makcik ni pun menjawap… “tau…tapi tolong la ajar dan tunjukkan…” Wati terus mencelah… “kat rumah tak pernah goreng mee ke???”…makcik tadi diam membisu…Mas datang terus mencampakkan mee kuning yang masih dalam plastic tadi di depan makcik tadi…kurang ajar punya Indon!!! ( kata-kata ini terpaksa dikatakan oleh makcik tu didalam hati sahaja, kerna takut )...makcik tadi terus mengangkat bungkusan mee kuning yang penuh dengan asid terlarang bila dicampurkan dengan air kunyit tu untuk diremdam dan digoreng nanti…
Tengah makcik ni mengoreng mee goreng… satu suara nyaring!! ( mcm suara Nisa ....jangan mare ek ) “ eh makcik…ko ni anak ada berapa??? Mana suami mu…??”…makcik tadi hanya diamkan diri…” makcik kalu mau kerja, baik makcik jaga anak saya…tetapi duduk di rumah saya di Sg Besi…boleh kah makcik…ko kerja sini lambat…tapi kalu mau kerja jaga anak saya…kau kena duduk rumah ku…” tu kata-kata Mas yang kurang ajar…makcik tadi bangun dan terus melihat Mas dengan penuh rasa benci pada nyaa…melihat perutnya yang besar mengandung 6 bulan mahunya makcik tu picit perut Mas sampai pecah ( bleh tahan gak jahat makcik ni )…tetapi makcik hanya diam.. cuma berkata dalam hati “ ko ingat aku nak jaga anak ko…ko ingat aku nak duduk umah ko macam org gaji…jgn harap la..” selepas selesai mengoreng mee, dihidang kan ke depan…dimasukkan di dalam bekas besi yang berpetak-petak lalu letak kat depan…ramai student2 menceduk mee goreng yang sedap tu…senyum makcik tu…makcik pun masuk ke dalam, melihat kerja yang perlu dibuatnya…” dik..apa perlu saya buat lagi…?” tanya makcik penuh dgn sopan…” heii…ko ni tak pernah kerja ka…ko pegi basuh periuk kat belakang tu”…jawap Indon yang kurang ajar…yang merasakan dia tu penduduk tetap sini…makcik tu yang pendatang dari Negara lain…makcik dengan sabar dan rasa sedih terus ke belakang dan melabuhkan punggung ke kerusi kecik dan membasuh periuk-periuk, pinggan, sudu, macam-macam lagi la…Mas datang…” makcik buat apa!! Jgn duduk di kerusi tu…bangun…tak da sapa kerja sini duduk…walaupun basuh pinggan tak bleh duduk…mencangkung saja la kau…” diambil nya kerusi kecik warna merah tu lalu Mas mencampak kerusi itu di dalam stor, tempat simpan barang kering….makcik pun terus menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam sekali…mengingat kepada 3 orang anak yang seorang masih belajar di Kolej Swasta…sorang di Sekolah Menengah dan sorang masih darjah 6..tahun ni peperiksaan UPSR…kalu bukan disebabkan anak-anak aku…dah tentu aku tak mahu kerja kat sini…
Akhirnya makcik tu masih bekerja di sana…tiap-tiap malam selepas mahgrib makcik tu akan datang ke rumah ku..menceritakan pengalaman peritnya kerja di luar dekat ibuku…ibuku hanya menyuruh bersabar dan kuatkan semangatnya…makcik tu memang sudah membenci indon dari awal lagi…sejak merampas kebahagian keluarganya dan kurang ajar di bumi Malaysia ni…tiap 5 pagi mula bekerja dan berakhir jam 7 malam….
Aku terpanggil untuk mengerakkan jari jemari ku untuk menaip cerita ni…melihat bangsa ku yang dibuli oleh pendatang Negara lain…aku juga rasa terhina…ingin ku membenci pada En. Kamaruddin ( tauke melayu yang amek Indon bekerja )…dan membenci Indon-indon yang kurang ajar kat Malaysia ni…tak sedar..mencari rezeki di tempat orang…tapi berlagak macam tempat dia…Malaysia dalam senyap dijajah oleh pendatang…walaupun rumpun kita…rumpun melayu,siam, atau Islam…tapi lebih perit bila rumpun kita kurang ajar dengan kita…

Daripada : Faicheng..untuk santapan kawan-kawan ku….