Wednesday, June 13, 2007

Usaha Tangga Kejayaan


Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru. Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun. Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku untuk pulang ke Malaysia .

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysiadan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan. Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di pejabat.Sekarang aku mempunyai 3 orang cahayamata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur . Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi.... aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah... Syukur Alhamdulillah. Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!

Kebahagian keluarga.... Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah... bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi. Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sanasini. Lunch pun nak meeting....main golf
pun bincang pasal kerja....dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!! Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik.... kekadang buat .kekadang terlupa... masyaallah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.
Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan!!! Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikanketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali. Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO. Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!! Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka....tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!
Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelahan dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku. Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari. Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu
gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN. Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari
berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'....dan anak-anak aku sebagai Directornya. Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 2.30.. lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 5.00. ..bolehla aku berangan lagi...Beginilah kehidupan aku seorang kerani kerajaan... Laa....hampeh betul citer ni. Mat Jenin rupanyerr... ........ JANGAN MAREEEEEEEEE......

Wednesday, May 16, 2007

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)







Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Asmaaulhusna - Wikipedia

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai asmaaulhusna (nama-nama yang baik)." - (Q.S. Thaa-Haa : 8)

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu" - (Q.S Al Israa': 110)

Nabi saw. bersabda: "Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan Dia menyukai yang ganjil." - (H.R. Abu Hurairah ra)

Asmaaulhusna - Wikipedia

Wednesday, April 25, 2007

sekadar ingin mencari ketenangan!!

selamat menonton!!

BaGaiMaNa CaRa MaKAn, BeGiTuLaH CiNTaNyA...

" Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya."
Perhatikan gaya teman kamu makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada! Ha...jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang : -Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan : -Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan : -Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak : -Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam : -Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut : -Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat cafe.....,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

~bagaimana pula cara korang makan ?

Monday, April 23, 2007

GMM vs Pelajar

Adakah mereka ini memperjuangkan mahasiswa ataupun hanya ingin mempergunakan mahasiswa demi untuk kepentingan mereka sendiri

pelajar vs parti politik

apa semuanya ini? pelajar sepatutnya belajar atau berpolitik? adakah hasrat ibubapa menghantar anak-anak mereka ku IPTA untuk menyertai pertubuhan haram dan berpolitik sehingga mengabaikan pelajaran dan masa depan mereka? renung-renungkan dan selamat beramal........

Friday, April 20, 2007

12 Waktu Mustajab Berdoa


12 waktu Mustajab berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mendapatkan sesuatu hajat. Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah, antaranya adalah :

1. ketika Lailatul-Qadar
2. ketika hujan
3. ketika memulakan solat dan selesai solat
4. ketika menghadapi barisan musuh di
medan perang
5. di tengah malam
6. di tengah azan dan iqamah
7. ketika sujud dalam solat
8. ketikal iktidal akhir dalam solat
9. ketika khatam ( tamat ) al-Quran
10. sepanjang malam,paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir ( subuh )
11. malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat ijabah ( diperkenankan doa ) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari hari jumaat
12. di antara Zuhur dan Asar serta antara waktu Lailaha Illa Liah

Thursday, April 19, 2007

NegaraKu Bakal Dijajah Semula


“ Makcik…kau tau buat mee goreng kar??” tanya seorang warga Indon kepada makcik yang berumur setengah abad itu…lalu makcik tadi menjawab “ tau…tapi tolong la ajar dan tunjukkan…” ini jawapan makcik tadi yang pertama kali keluar rumah untuk bekerja untuk mencari wang pendapatan…beliau adalah seorang ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami selepas 25 tahun yang lalu…bekas suaminya adalah seorang yang penyayang dan sangat menyayangi anak-anaknya…hasil perkahwinan beliau bersama suaminya dikurniakan seramai 3 orang anak yang masih kecil….selepas 4 tahun mengecapi kebahagian bersama…jodoh mereka tidak berpanjangan…suami yang selama ini cinta padanya…sayang pada anak-anak telah tinggalkan makcik tadi semata-mata ingin berkahwin lain…berkahwin dengan seorang warga Indon juga....hati makcik tadi kecewa dan berkecai seperti kaca…( hati kaca gak makcik ni ) selepas tu…makcik ni terpaksa memelihara 3 orang anak yang masih kecil dengan cara sendiri…makcik tadi telah menjalankan perkhidmatan menjaga anak di rumahnya…seramai 6 orang anak orang yang makcik ni jaga…seorang anak upahnya dalam 2 ratus…maka rm1200 makcik ni perolehi untuk memelihara anak-anak nyer yang masih bersekolah…dengan bersusah payah…makcik ni terpaksa untuk meneruskan hidup dan ingin membekalkan ilmu kepada anak-anaknya…..untuk menjadi bekalan hidup pada masa depan…
Pada suatu ketika…anak-anak orang yang makcik ni jaga tadi telah besar…makin membesar…ada yang pindah…dan ada yang bersekolah….maka makcik ini tiada lagi pendapatan…makcik ini pun berpikir untuk bekerja di kedai makan…setelah mencari…makcik ni telah diterima bekerja di kedai makan ( cafĂ© ) di UNITEN…hari pertama beliau bekerja seawal 5 pagi…tugasnya macam biasa…menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari….untuk pelajar-pelajar UNITEN dan kakitangan yg bekerja disitu…
Pekerja yang bekerja dicafe seramai 4 orang…termasuk makcik tadi seramai 5 orang…tauke kedai dikenali sebagai En. Kamaruddin ( bukan nama sebenar ) memperkenalkan makcik ini kepada 4 orang pekerja lain…sorang bernama Wati, sorang lagi bernama Mas, dua orang lagi tidak dikenali…( lupa kata makcik ni kat Indon tu )… 4 orang warga Indon bekerja di sana…tugas pertama adalah siang ikan…sebanyak 15 ekor ikan yang perlu disiang dan dibersihkan…layanan yang diberikan oleh 4 orang Indon tadi amat mendukacitakan dan kurang ajar…4 Indon melayan makcik tadi seperti orang bodoh … “ hei makcik…kau tidak boleh buat kerja laju-laju kar…siang ikan pun ndak pandai…lambat…hemmm…” indon tu menghedik…makcik tadi hanya mendiamkan diri… “ lepas ni kau buat mee goreng pula…ko pandai goreng mee…” tanya Mas warga Indon yang sarat mengandung 6 bulan itu…lalu makcik ni pun menjawap… “tau…tapi tolong la ajar dan tunjukkan…” Wati terus mencelah… “kat rumah tak pernah goreng mee ke???”…makcik tadi diam membisu…Mas datang terus mencampakkan mee kuning yang masih dalam plastic tadi di depan makcik tadi…kurang ajar punya Indon!!! ( kata-kata ini terpaksa dikatakan oleh makcik tu didalam hati sahaja, kerna takut )...makcik tadi terus mengangkat bungkusan mee kuning yang penuh dengan asid terlarang bila dicampurkan dengan air kunyit tu untuk diremdam dan digoreng nanti…
Tengah makcik ni mengoreng mee goreng… satu suara nyaring!! ( mcm suara Nisa ....jangan mare ek ) “ eh makcik…ko ni anak ada berapa??? Mana suami mu…??”…makcik tadi hanya diamkan diri…” makcik kalu mau kerja, baik makcik jaga anak saya…tetapi duduk di rumah saya di Sg Besi…boleh kah makcik…ko kerja sini lambat…tapi kalu mau kerja jaga anak saya…kau kena duduk rumah ku…” tu kata-kata Mas yang kurang ajar…makcik tadi bangun dan terus melihat Mas dengan penuh rasa benci pada nyaa…melihat perutnya yang besar mengandung 6 bulan mahunya makcik tu picit perut Mas sampai pecah ( bleh tahan gak jahat makcik ni )…tetapi makcik hanya diam.. cuma berkata dalam hati “ ko ingat aku nak jaga anak ko…ko ingat aku nak duduk umah ko macam org gaji…jgn harap la..” selepas selesai mengoreng mee, dihidang kan ke depan…dimasukkan di dalam bekas besi yang berpetak-petak lalu letak kat depan…ramai student2 menceduk mee goreng yang sedap tu…senyum makcik tu…makcik pun masuk ke dalam, melihat kerja yang perlu dibuatnya…” dik..apa perlu saya buat lagi…?” tanya makcik penuh dgn sopan…” heii…ko ni tak pernah kerja ka…ko pegi basuh periuk kat belakang tu”…jawap Indon yang kurang ajar…yang merasakan dia tu penduduk tetap sini…makcik tu yang pendatang dari Negara lain…makcik dengan sabar dan rasa sedih terus ke belakang dan melabuhkan punggung ke kerusi kecik dan membasuh periuk-periuk, pinggan, sudu, macam-macam lagi la…Mas datang…” makcik buat apa!! Jgn duduk di kerusi tu…bangun…tak da sapa kerja sini duduk…walaupun basuh pinggan tak bleh duduk…mencangkung saja la kau…” diambil nya kerusi kecik warna merah tu lalu Mas mencampak kerusi itu di dalam stor, tempat simpan barang kering….makcik pun terus menarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam sekali…mengingat kepada 3 orang anak yang seorang masih belajar di Kolej Swasta…sorang di Sekolah Menengah dan sorang masih darjah 6..tahun ni peperiksaan UPSR…kalu bukan disebabkan anak-anak aku…dah tentu aku tak mahu kerja kat sini…
Akhirnya makcik tu masih bekerja di sana…tiap-tiap malam selepas mahgrib makcik tu akan datang ke rumah ku..menceritakan pengalaman peritnya kerja di luar dekat ibuku…ibuku hanya menyuruh bersabar dan kuatkan semangatnya…makcik tu memang sudah membenci indon dari awal lagi…sejak merampas kebahagian keluarganya dan kurang ajar di bumi Malaysia ni…tiap 5 pagi mula bekerja dan berakhir jam 7 malam….
Aku terpanggil untuk mengerakkan jari jemari ku untuk menaip cerita ni…melihat bangsa ku yang dibuli oleh pendatang Negara lain…aku juga rasa terhina…ingin ku membenci pada En. Kamaruddin ( tauke melayu yang amek Indon bekerja )…dan membenci Indon-indon yang kurang ajar kat Malaysia ni…tak sedar..mencari rezeki di tempat orang…tapi berlagak macam tempat dia…Malaysia dalam senyap dijajah oleh pendatang…walaupun rumpun kita…rumpun melayu,siam, atau Islam…tapi lebih perit bila rumpun kita kurang ajar dengan kita…

Daripada : Faicheng..untuk santapan kawan-kawan ku….